Bincangkan peranan dan signifikasi faktor dalaman dan luaran terhadap perkembangan dan kejayaan Gerakan Sosial di Asia Tenggara

Bincangkan peranan dan signifikasi faktor dalaman dan luaran terhadap perkembangan dan kejayaan Gerakan Sosial di Asia Tenggara. Anda boleh memfokuskan perbincangan kepada (1) gerakan sosial atau beberapa gerakan di rantau Asia Tenggara
1.0Pengenalan
.Gerakan sosial merupakan sejenis tindakan secara berkumpulan. Gerakan sosial bermaksud sebuah organisasi yang berstruktur dan mempunyai strategik dapat memberi kuasa kepada masyarakat menlancarkan cabaran yang lebih berkesan dan menentang golongan elit yang berkuasa. Kebiasaanya, kumpulan tersebut berjuang kepada isu politik dan sosial. Menurut definisi yang diberi oleh Anderson dan Parker, gerakan sosial adalah pembentukan sesuatu tingkah laku pluralistik yang dinamik membangun struktur secara progresif melalui masa dan tujuan untuk mengubahsuaian sebahagian atau keseluruhan susunan sosialCITATION SheSo l 17417 (Shelly&Shah, n.d.). Lundberg juga mengatakan bahawa gerakan sosial adalah persatuan sukarelawan yang terlibat dalam usaha bersepadu untuk mengubah sikap, tingkah laku dan hubungan sosial dalam masyarakat yang lebih besar. Faktor yang mencetuskan gerakan sosial adalah perubahan kebudayaan apabila masyarakat mempunyai idea yang baru untuk membangunkan masyarakatCITATION SheSo l 17417 (Shelly&Shah, n.d.). Gerakan sosial dicetus juga disebabkan sesetengah golangan menerima ketidakadilan dan tidak puas hati dengan kelayanan tersebut. Dengan kata lain kumpulan ini adalah kelompok yang menjalankan, mengubah dan membatalkan perubahan sosial.
Kebanyakan negara di Asia Tenggara kecuali Thailand tidak pernah dijajah oleh kuasa asing. Kuasa asing tersebut telah menjalankan dasar yang bersikap tidak adil terhadap masyarakat tempatan. Penjajah juga diskriminasi dan tidak menghormati budaya tempatan. Maka, senario ini tercetus gerakan nasional di Asia Tenggara. Gerakan nasional juga merupakan satu bentuk gerakan sosial apabila menentang golongan elit atau pentadbir melayan masayarakat secara tidak adil. Salah satu gerakan sosial yang berjaya menumpaskan regim lama adalah gerakan EDSA di Filippina. Pelbagai punca telah menjayakan gerakan EDSA. Oleh itu peranan dan signifikasi faktor dalaman dan luaran merupakan pengukuran kejayaan dan perkembangan gerakan EDSA di Filippina.
2.0 Gerakan EDSA di Filippina
Antara gerakan EDSA merupakan gerakan sosial yang paling berjaya di Filipina. EDSA dikenali sebagai “people power revolution”. Gerakan sosial tercetus apabila pembunuhan Benigno Aquino Jr pada August 1983. Sebelum pembunuhan berlaku, Marcos didakwa oleh pembangkang bahawa dia membeli “pengudian” dan menipu helah dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, Marcos masih tetap menang dalam pilihan raya. Semasa Marcos menjadi presiden penggal kedua, jenayah di filipina semakin teruk dan ekonomi merosot. Marcos telah mengisytiharkan Martial law pada tahun 1972. Parti pembangkang sangat tidak bersetuju dengan pengisytiharkan Martial Law. Akibatnya, Ferdinand Marcos membuang sesetangah ahli pembangkang ke negara lain, terutamanya Benigo Aquino Jr dibuang ke Amerika Syarikat. Selepas tempoh pembuangan ke luar negara tamat, Benigo Aquino Jr bersedia pulang ke Filippina. Ferdinand Marcos bermula bimbang kerana Benigo Aquino mempunyai pengaruh yang kuat di Filippina. Oleh itu, Ferdinand Marcos telah membuat banyak halangan balik ke filippina terhadap Benigo Aquino Jr. Akhirnya, Benigo Aquino Jr dibunuh di lapangan terbang antarabangsa Manila pada tahun 1983. Maka senario ini telah mencetus gerakan sosial yang kuat di Filippina. Beberapa faktor dalaman dan faktor luaran telah menjayakan gerakan EDSA di Filippina.
Antara faktor kebangsaan yang menjayakan gerakan EDSA adalah peranan pihak gereja di Filippina. Pihak gereja bermula campur tangan di hal ehwal politik apabila pembunuhan Benigo Aquino. Pihak gereja menuntut mengadakan suatu pilihan raya yang adil, jujur dan adil daripada Marcos. Selain itu, pihak gereja juga menuntut supaya menjalankan siasatan terhadap pembunuhan Benigo Aquino. Akhirnya kerajaan Filippina telah bertindak atas permintaan daripada pihak gereja. Kerajaan telah menubuhkan “Comission on Elections(COMELEC)” dan “Accredited the National Movement of Citizen for a Free election (NAMFREL)” CITATION nd18 l 17417 (n.d., 2018). Tugasan utama COMELEC adalah menguatkuasakan semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan pemilihan di Filipina. Manakala, tugas NAMFREL adalah pemantau pilihan raya di Filipina. Selain itu, gereja turut memain peranan dalam membantah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Presiden Marcos. Buktinya, pihak Gereja telah mengirim surat yang dikenali “A Dialogue of Peace” kepada kerajaan bagi bantahan polisiCITATION Jef10 l 17417 (Jeff&Boyd, 2010). Pihak Gereja juga menggunakan “Stesen Radia” membincangkan pentadbiran Marcos. Teknik ini berkesan untuk berhubung dengan rakyat. Pihak Gereja ini mengambil peranan dalam menjalankan satu reformasi tidak bersifat keganasan. Pada pandangan saya, reformasi akan menjadi lebih radikal sekiranya pihak gereja tidak melibatkan dalam demonstrasi ini. Pihak Gereja telah mengubah sikap dari konservatif ke liberal kerana ingin menolak pentadbiran yang tidak adil dilakukan oleh Marcos. Oleh itu peranan Gereja sangat penting dalam menjayakan Gerakan EDSA.
Selain itu, faktor kebangasaan yang menjayakan gerakan EDSA adalah peranan Militari. Pihak tentera bermula menyokong gerakan EDSA selepas pilihan raya 1986CITATION Mar95 l 2052 (Mark, 1995). Permulaan sokongan daripada tentera apabila “Reform the Armed Forces Movement (RAM)” menyokong dakwaan gereja terhadap Marcos bahawa melakukan tipu-helah di pilihan 1986. RAM mempunyai hubungan yang dengan pihak gereja terutamnya Archibishop Manila. Hal ini menunjukkan pihak gereja senang mepengaruhi pihak tentera melibatkan dalam gerakan EDSA. Selain itu, orang kanan Ferdinand Marcos turut menyertai Kem Carazon, iaitu Setiauasaha Pertahanan, Juan Ponce Enrile dan Ketua Tentera Fidel Rmos CITATION nd181
l 2052 (Ramos: EDSA Revolution was the start of change, 2018). Hal ini kerana mereka tidak bersetuju dengan rasuah yang telah dilakukan oleh Marcos. Marcos berasa marah selepas mengetahui kedua-dua orang kanan dia telah mengkhianati dia. Bagi mengelakkan pembunuhan berlaku, Kardinal Sin menyeru rakyat melindungi Juan Ponce Enrile dan Fidel Ramos. Apabila kedua-dua orang besar tentera telah memihak kepada gerakan EDSA, keadaan ini turut mempengaruhi kebanyakan tentera berdiri bersama dengan rakyat untuk menentang Marcos. Akibatnya, pengaruh Marcos semakin berkurang selepas kehilangan sokongan daripada pihak militari. Dengan sokongan pihak tentera, gerakan EDSA hampir arah kejayaan. Pada pandangan saya, pemecahan elit akan melemahkan seorang memimpin negara tersebut. Hal ini kerana tentera merupakan tulang belakang kepada Marcos semasa mentadbir negara. Oleh itu, Organisasi EDSA menjadi lebih kuat apabila tentera menyertai mereka.
Tambahan pula, gerakan EDSA berjaya disebabkan rakyat bersatu menentang dasar pemerintahan Marcos. Dasar pemerintahan Marcos telah menumpukan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat. Ferdinand Marcos sebagai presiden pada penggal kedua tidak memberi kejayaan berbanding dengan semasa menjadi presiden pada penggal pertama. Hal ini kerana Marcos tidak menyelesaikan masalah ekonomi dan politik. Pada zaman pemerintah Marcos, isu rasuah, tidak mematuhi undang-undang, rasuah dan pentadibiran yang tidak telus semakin teruk CITATION Mar95 l 17417 (Mark, 1995). Masalah tersebut telah menghilang keyakinan rakyat terhadap pimpinan Marcos. Selain itu, ekonomi Filippina juga merosot akibatnya daripada jurang semakin besar anatara golongan kaya dengan golongan miskin. Keadaan ini menyebabkan rakyat seksa dalam kehidupan. Masalah ekonomi turut mempengaruhi isu keselamatan di Filippina apabila pemberontak komunis semakin meningkat dan masalah penyokong di Mindanao. Ferdinand Marcos juga menyalahgunakan undang-undang apabila pengisytiharan “Martial law”. Media massa tidak diberi bebas sehingga kongres media massa ditutup CITATION Abd00 l 17417 ( Rahman&Rudolph, 2000). Pembuangan dan pemecatan jawatan pemimpin pembangkang bagi megurangkan pengaruh mereka. Ferdinand Marcos juga menyalahgunakan agensi kerajaan untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Dasar pemerintahan Ferdinand telah menimbulkan persoalan daripada rakyat terhadap akuantabiliti dan ketelusan pentadbiran dia. Oleh itu, rakyat telah mebuat demontrasi secara aman bagi memberi tekanan kepada Marcos untuk menurun daripada jawatan presiden. Akhirnya rakyat Bersama dengan pihak geraja, pihak tentera dan lain-lain membentukan untuk menjatuhkan Ferdinand Marcos sebagai Presiden di Filippina.
Kejayaan gerakan EDSA bukan sahaja bergantung kepada faktor kebangsaan, malah faktor global turut menjayakan gerakan tersebut. Dalam gerakan EDSA, peranan Amerika Syarikat sangat penting untuk menggulingkan pentadbiran Marcos. Amerika Syarikat mempunyai hubungan yang baik dengan Filippina sebelum gerakan EDSA. Hal ini kerana Amerika syarikat hendak menyekat pengaruh komunis di Filippina CITATION Abd00 l 2052 ( Rahman&Rudolph, 2000). Oleh itu, Marcos menggunakan peluang ini dengan untuk mendapatkan bantuan daripada Amerika Syarikat. Kongres US memberi tekanan kepada Amerika Syarikat bahawa berhenti memberi bantuan kepada Marcos tetapi Amerika Syarikat tetap memberi sokongan kepada dia. Tetapi sokongan dari Amerika Syarikat tidak tetap lama. Pada tahun 1986, Reagan telah mengundur tentera dari FilippinaCITATION RAC16 l 2052 (Rachel, 2016). Reagan menasihatkan Marcos supaya mengundur diri daripada politik dan menyerah kuasa kepada presiden Filippina yang baru. Kehilangan sokongan daripada Amerika Syarikat menunjuk arah ke penamatan Marcos sebagai presiden di Filippina.

3.0Analisis terhadap Gerakan EDSA
Pada Pandangan saya, jenis gerakan EDSA merupakan gerakan reformasi. Menurut buku “sociology”CITATION Che04 l 2052 (Hunt & Horton, 2004), gerakan reformasi merujuk kepada suatu gerakan berusaha untuk memperbaiki kepincangan dalam masyarakat. Gerakan reformasi hanya boleh beroperasi dalam masyarakat demokratik di mana orang mempunyai kebebasan untuk mengkritik institusi yang ada dan mungkin mendapat perubahan CITATION SheSo y l 2052 (Shelly&Shah). Contohnya, rakyat filippina mahu menjatuhkan Marcos sebab mereka hendak membuat reformasi terhadap politik demontrasi memulihkan ekonomi negara. Pada pendapat saya, teori gerakan sosial yang boleh digunakan bagi gerakan ELDSA adalah teori Deprivasi Relatif. Menurut CITATION Che04 l 17417 (Hunt & Horton, 2004), Deprivasi bertindak sebagai pendorong yang kuat untuk tindakan sosial kerana masyarakat terpaksa mencuri, merompak atau melakukan demontrasi secara damai menentang benda yang utama telah dirampas. Gerakan sosial berdasarkan deprivasi relatif berlaku apabila individu tersebut ingin mendapat sesuatu yang orang memiliki kerana individu tersebut ingin setiap orang mempunyai hak dapat benda tersebut. Dasar pemerintahan Marcos telah menyekat kebebasan suara sivil masyarakat, demokrasi negara dan rakyat susah hidup dalam keadaan ekonomi yang merosot. Oleh itu, masyarakat Filippina mengambil keputusan untuk menjatuhkan regim Marcos bagi memulihkan ekonomi dan demokrasi negara.
Selain itu, gerakan EDSA turut berkaitan dengan teori Perilaku Kolektif. Menurut Gustave Le Bon, teori Perilaku Kolektif merujuk kepada tindakan kolektif dari sekumpulan orang yang mempunyai minat atau tujuan yang sama berdekat dengan satu sama lainCITATION Che04 l 2052 (Hunt & Horton, 2004). Tujuan gerakan EDSA adalah menolak pemerintahan Ferdinand Marcos. Oleh itu, rakyat, pihak gereja, pihak tentera dan lain-lain Bersama membentuk EDSA. Ini menunjukkan matlamat yang sama antara rakyat, pihak gereja, pihak tentera untuk melakukan gerakan sosial. Gerakan EDSA juga berjaya berkaitan dengan Teori Analisis framing. Teori Analisis Framing memberi tumpuan kepada bagaimana pengetahuan masyarakat dibina secara sosial dan ilmu yang berbeza kalangan masyarakat dapat mempengaruhi gerakan berkembang dan berjaya. Maknanya teori ini menekankan pelbagai jenis pihak dalam satu gerakan dapat menjayakan gerakan. Contohnya, Gerakan EDSA melibatkan pihak yang berbeza tetapi semua pihak mempunyai matlamat yang sama. Rakyat, pihak gereja, pihak tentera dan lain-lain bermatlamat untuk menjatuhkan regim Marcos.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, gerakan sosial berlaku apabila masyarakat ingin mengubah atau mempertahankan sosial. Gerakan sosial yang berjaya perlu bergantung kepada pengetahuan, organisasi, strategi dan pelbagai pihak. Kemerosotan ekonomi dan rasuah dalam kalangan kerajaan telah menimbulkan kemarahan rakyat. Masyarakat Filippina telah mengambil keputusan untuk melakukan reformasi daripada politik yang kotor. Gerakan EDSA berjaya disebabkan pemimpin pembangkang yang cerdik dan pelbagai pihak rela membantu menggulingkan pentadbiran Marcos. Oleh itu, gerakan EDSA adalah satu gerakan yang mempertahankan dan mempertahankan hak masyarakat Filippina.
References
BIBLIOGRAPHY Abdul Rahman dan Jurgen Rudolph. (2000). Southeast Asia into the Twenty First Century: Crisis and Beyond . Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Chester L. Hunt and Paul B. Horton. (2004). Sociology (sixth edition). California: McGraw Hill Education,.

Jeff&Boyd. (2010, June 29). The Role of the Church in the Philippines’ Nonviolent People Power Revolution. Retrieved from WordPress: https://pacificador99.files.wordpress.com/2012/01/philippines-jeff-boyd.pdf
n.d. (2018, March 28). EDSA People Power Revolution. Retrieved from Philippine History: http://www.philippine-history.org/edsa-people-power-revolution.htm
n.d. (2018, February 25). Ramos: EDSA Revolution was the start of change. Retrieved from CNN Philippines: http://cnnphilippines.com/news/2018/02/25/1986-EDSA-Revolution-anniversary.html
Rachel. (2016, February 29). People Power, the US, and Marcos’ final hours. Retrieved from Manila Times: http://www.manilatimes.net/people-power-the-us-and-marcos-final-hours/247702/
Shah, S. (n.d.). Social Movements: Meaning, Causes, Types, Revolution and Role. Retrieved from Sociology Discussion: http://www.sociologydiscussion.com/social-movements/social-movements-meaning-causes-types-revolution-and-role/2248
Thompson&Mark. (1995). The Anti-Marcos Struggle. New York: Yale University Press.

2) Huraikan persepsi (self-reflection) kamu terhadap satu isu, perkara, insiden, dasar, istilah dalam kursus ini yang membawa impak paling besar terhadap kamu dan world view kamu
Sepanjang 14 minggu di kuliah Gerakan Sosial, saya rasa pengaruh arab spring sangat hebat. Gerakan ini asas hanya berlaku di Tusnisian disebabkan masalah rasuah , tidak mempunyai kebebasan dan taraf hidup yang buruk . Manakala Gerakan ini membawa pengaruh kepada negara lain di serantau Arab. Misalnya, Mesir, Arab Saudi, Bharain dan negara lain di serantau Arab turut berlaku demonstrasi. Saya berasa terkejut kerana sesuatu gerakan berlaku di negara kecil boleh mempengaruhi banyak negara di serantau itu. Ini menunjukkan dunia sudah berubah, rakyat tidak lagi dikawal oleh kerajaan lagi, rakyat adalah hak menentu siapa boleh mentadbir negara tersebut. Kita mengetahui bahawa hak kemanusiaan dan tahap demokrasi adalah rendah berbanding dengan negara lain. Kemarahan rakyat telah tercetus dengan melakukan demontrasi. Revolusi di Tusnisian amat berjaya kerana kerajaan telah ditukarkan. Kebanyakan kerajaan negara di rantau Arab Spring turut bertukar. Pada pandangan saya, dunia ini sekarang makin kea rah demokrasi. Pada zaman dulu, pengetahuan dan mobiliti masyarakat rendah serta tidak mengetahui apa itu hak individu. Masyarakat tidak berani menentang pemimpin walaupun dilayan secara tidak adil. Kini, masyarakat sudah menyedar bahawa kepentingan hak kerana maklumat mudah disebar pada era teknologi.

Di Asia, filippina berlaku pengubahan kerajaan pada 9 Mei 2016, manakala Korea turut berlaku pengubahan kerajaan pada 9 Mei 2017. Malah, Malaysia pun berlaku petukaran pada 9 Mei 2018. Prinsip demokrasi semakin kuat kerana rakyat mempunyai hak untuk memilih kerajaan sendiri. Keadaan serupa dengan Arab Spring. Pada pandangan saya, Asia akan menjadi lebih demokrasi pada masa depan. Gerakan sosial akan tercetus di negara seperti Thailand, Myanmar, Laos Vietnam dan lain-lain. Hal ini kerana rakyat akan dipengaruhi oleh negara-negara jiran di serantau Asia. Bagi fahaman saya di sepnajang kuliah ini, gerakan sosial merupakan satu bentuk tindakan untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan dengan melakukan demontrasi di jalan.

x

Hi!
I'm Mia

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out